Wednesday, November 4, 2009

Delima Apabila

Bookmark and Share

Apabila rakyat tidak ambil tahu di sebalik publisiti media mega, sebaliknya masih lagi berusaha mencari media alternatif.
Apabila ahli tidak kenal pemimpin kawasan peringkat atasan.
Apabila cawangan bertanya apa aktiviti produktif diaturkan bahagian untuk mereka.
Apabila peringkat pemimpin hanya mengharapkan sumbangan derma politik barulah melakukan aktiviti.
Apabila lebih banyak cakap dan ceramah dari aksi dan tindakkan.
Apabila lebih banyak ucapan cemburu di belakang di sebalik hipokrasi perpaduan di depan.
Apabila yang Senior menunjuk ‘teladan’ pada Junior, Junior ikut telunjuk dimarahi, di mana kesinambungan generasi?
Apabila bahagian bersaing sesama sendiri, renggang, tiada objektif jelas & pelan arah tuju.
Apabila hanya kumpulan yang sama berkumpulan di lain-lain ceramah & perasmian.
Apabila rakyat tidak merasa impak perubahan secara terus.
Apabila kumpulan profesional hasil dari perjuangan politik masih merasa tidak relevan dari penilaian akademik mereka.
Apabila sekali lagi rakyat merasakan mereka mangsa politik.
Yang tinggal hanyalah penilaian pada pilihan raya kecil atau umum akan datang.
Ikhlas.

No comments:

Post a Comment