Sunday, January 17, 2010

MESYUARAT AGONG CAWANGAN SETIABUDI 2010

Notis pemberitahuan, mesyuarat agong tahunan bagi semua cawangan seluruh negara akan bermula pada 1hb Mei 2010 hingga ke 15hb Mei 2010. Tarikh khusus untuk memsyuarat Cawangan Setiabudi akan dimaklumkan melalui surat serta sms apabila mendapat maklum balas dari peringkat Bahagian PJS.
Harap maklum dan minta luangkan masa untuk menghadirkan diri.
Salam perjuangan.

Friday, January 15, 2010

MAJU WANITA UMNO

Bersedia Berjuang Kami Wanita
Bersedia Berjasa Untuk Nusa dan Bangsa
Sentiasa Berkhidmat Menyumbang Tenaga
Membangunkan Negara Yang Maju dan Merdeka


Mengekalkan Perpaduan,
Itulah Azam Wanita
Marilah Berjuang Untuk Negara
Sentiasa Berkhidmat
Untuk Rakyat Yang Makmur
Menyumbang Tenaga
Maju Wanita UMNO
Maju Wanita UMNO

IKRAR PEMUDA

Kami Pemuda Malaysia
Bersatu Dan Padu Tenaga
Berjuang Berkorban Jiwa Raya
Untuk ketahanan Bangsa

Pemuda Harapan Negara
Membela Dan membuat Jasa
Membina Negara Kaya Raya
Ibu pertiwi Malaysia

Mari Kita Bersatu Dan Berikrar
Mengaku Dan Bersumpah
Menjunjung Agama, Bangsa, Negara
Bersungguh Dan Setia

Kami Pemuda Malaysia
Merupakan benteng Yang Waja
Pertahan Kedaulatan Agama
Serta Bangsa Dan Negara

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

SENARAI AHLI JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN SETIABUDI 2008-2011

Pengerusi Tetap: Syed Khalil Al-Kudcy
Tim. Pengerusi Tetap: Tiada

Ketua Cawangan: Ybhg. Dato’ Moehamad Izat Emir
Tim. Ketua Cawangan: Feruddin Emir

Ketua Pemuda: Feruddin Emir
Ketua Wanita: Nora Md Shah
Setiausaha: Dr. Wan Elly Rushima
Bendahari: Md Yasmeen Md Yusof
Ketua Penerangan: Ahmad Afandi B. Abd Latif

Ahli Jawatankuasa:
1. Adrie Meldi Adrimas Alias
2. Kamarudin B. Ibrahim
3. Amna Aspara Emir
4. Effendi Emir
5. Farhana Emir
6. Hafidy Razali B. Hamzah
7. Mohd Zhafran Md Yusof
8. Syed Khalil Al-Kudcy
9. Dr. Wan Elly Rushima
10. Wan Emmy Roshaima
11. Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie
12. Mohd Yasmeen B. Abd Latif
13. Ahmad Afandi B. Abd Latif
14. Muhammad Najib B. Harun
15. Noraizul B. Yeop

Pemeriksa Kira-kira:
1. Hafidy Razali B. Hamzah
2. Farhana Emir

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETIABUDI 2008-2011

Pengerusi Tetap: Syed Khalil Al-Kudcy

Ketua Pemuda: Feruddin Emir B. Moehamad Izat Emir
Naib Ketua Pemuda: Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie

Penolong Setiausaha: Ahmad Afandi B. Abd Latif
Penolong Bendahari: Hafidy B. Razali
Ketua Penerangan : Mohd Yasmeen Md Yusof

Ahli Jawatankuasa :
1. Adri Meldi Adrimas Alias
2. Effendi Emir
3. Hafidy Razali
4. Mohd Yasmeen Md Yusof
5. Mohd Zhafran Mohd Yusof
6. Syed Khalil Al-Kudcy
7. Ahmad Afandi B. Abd Latif
8. Noraizul B. Yeop
9. Muhammad Najib B. Harun

Saturday, January 2, 2010

Salam Lembaran Baru.


Bookmark and Share


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Negara Malaysia baru saja menyambut Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010. Beberapa tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan, malahan mungkin juga bencana dan penunjuk. Diharapkan kita akan menjadi lebih cekal lagi dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Bersedia dengan apa jua kemungkinan agar kita bersama dapat membina Negara yang maju jaya.
Pada lembaran baru ini saya ingin menyasarkan perkara berikut.
Politik-UMNO.
Menyokong kepimpinan sedia ada dengan cara yang produktif. Bermula dengan diri sendiri, cawangan, tanggungjawab di peringkat pemuda bahagian dan secara am seterusnya agar dapat membina semangat berpasukan secara kolektif dan objektif. Perpaduan adalah tunggak utama.
Cawangan.
  1. Mengemas kini data maklumat ahli (walaupun kebanyakan mereka sudah pun berpindah parti).
  2. Menjalinkan semula silaturahim sesama ahli melalui komunikasi berkesan seperti perjumpaan, perbualan, e-mel, sms, laman web dan sebagainya.
  3. Melancarkan laman web cawangan setiabudi, bahagian pjs bagi memaklumkan aktiviti cawangan dari masa ke semasa.
  4. Mengumpul dana sama ada dari peruntukan, peribadi atau dikongsi bersama untuk menjalan aktiviti sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Bahagian.
  1. Menyokong penuh kepimpinan saudara Ridhuan Mahidin, Ketua Pemuda PJS dan Mohamed Sam, Naib Ketua Pemuda PJS serta ahli jawatankuasa dalam melakukan khidmat-khidmat yang menjurus kepada ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bawah naungan 1Malaysia’.
  2. Memegang tanggungjawab di bawah biro pendidikan yang diamanahkan oleh Ketua Pemuda PJS, saya akan mengutamakan program-program yang berbentuk Pendidikan/Ilmiah. Hanya melalui ilmu seorang insan itu akan lebih terdidik, terpelihara, memahami, menyedari, menggunakan akal serta fikiran, menjiwai dan menghayati perjuangan sebuah bangsa. ‘Iqra’, iaitu bacalah. Maka itu membaca/memahami (terdedah pada ilmu) adalah amat diperlukan dan ia kritikal pada keadaan dan suasana yang sedia ada. Keadaan yang kacau bilau kerana kurang pemahaman dan ilmu contohnya seperti sejarah dan perlembagaan. Maklumat ini boleh didapati di mana-mana lebih-lebih lagi dengan kaedah teknologi I.T yang sedia ada. Oleh itu program yang sinonim dengan ilmu atau informasi yang ingin saya syorkan ialah program Celik I.T. Suatu program yang mendedahkan kepada masyarakat bagaimana Informasi dan Teknologi boleh manfaatkan kehidupan kita seharian.
  3. Menjalankan aktiviti celik I.T sebaik mungkin walaupun hanya dengan kehadiran yang kecil.
Selain dari menjalankan kewajipan sebagai ahli UMNO saya akan menjalankan fitrah dan kewajipan saya sebagai hamba Allah. Anak kepada ibu bapa saya, adik/abang kepada adik-beradik saya, suami kepada isteri saya, bapa kepada anak-anak saya, saudara kepada keluarga serta saudara se Islam saya, sahabat kepada rakan-rakan saya tanpa mengira latar belakang, pekerja kepada perniagaan saya, ahli pasukan kepada pegawai-pegawai saya dan memberi yang terbaik kepada pelanggan saya dalam perniagaan.
Oleh itu yang lemah datang dari diri saya sendiri, yang baik itu anugerah Allah. Saya juga percaya seorang manusia hanya lengkap (bukan sempurna) jika ia berpegang pada prinsip-prinsip jati diri. Saya juga suka akan saingan yang sihat, musuh jangan dicari.
Saya ucapkan kepada semua semoga maju jaya, dirahmati dan kekal ke anak cucu. Moga silaturahim kita berkekalan selamanya. Amin.
Salam perjuangan.
Ikhlas.
Feruddin Emir