Monday, July 20, 2009

Kuda tunggangan siapa?

Bookmark and Share

Innocent till proven guilty. Ini bukan pepatah tetapi fakta sistem perundangan dunia. Jika ada apa-apa perkara berlaku pasti akan mendengar tuduhan dan tohmahan seperti alat kepada pihak tertentu. Belum sahih maklumat sudah pun diadili. Ini dinamakan provokasi.
Jika dianiaya sekalipun ada mahkamah lebih hebat dari mahkamah dunia. Yang penting bukan siapa tunggang siapa atau tonggeng untuk sesiapa. Yang pasti biarlah mahkamah menentukannya. Selamat menjalan siasatan dengan adil dan saksama.
"Dan katakanlah : Telah datang kebenaran dan terhapuslah kebatilan. Demi sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap" ( Al-Isra : 81 )

Friday, July 17, 2009

Pepatah Lembu, Kambing, Kuda & Keldai.


Bookmark and Share


Sejak keturunan nenek moyang kita, kita selalu mendengar ungkapan masuk ke kadang lembu mengelembu, masuk ke kandang kambing mengembek.
Persoalannya, sempat ke kita hendak menglembu atau mengembek dengan bau busuk serta tahi-tahi bertaburan keliling? Mengapa tak masuk aje kandang harimau atau beruang? Baru gaya dan bunyinya tegap dan padu. Baru ada simbol kejantanan.
Apa pun saya tidak akan mengelembu atau mengembek di mana-mana kandang lembu atau kambing.
Tapi harap maklum saya akan memulakan dengan memberi salam jika memasuki mana-mana kawasan yang dihuni.
Ada juga pepatah mengatakan bawalah kuda yang terpantas ke kadang keldai, kurang seminggu kuda yang pantas tadi dibawa semula ke kandang kudanya. Kuda yang pantas tadi pasti akan berasa hairan dan janggal mengapa kuda-kuda lain berjalan dengan pantas. Ini kerana kuda yang terpantas tadi sudah terbiasa dengan cara ‘slow motion’ pergerakan keldai-keldai yang sekelilingnya sebelum ini.
Begitu jugalah kisah dengan si keldai yang paling perlahan, di tinggalkan dalam kadang kuda selama seminggu. Bila keldai tersebut dihantar semula ke kandang keldai, maka berasa hairan si keldai ini kerana melihat keldai-keldai lain berjalan perlahan. Ini kerana keldai tersebut tanpa disedari, bila si keldai ditempatkan di kandang kuda sebelum ini, ia sudah mempraktikkan cara jalan yang laju oleh kuda-kuda di situ.
Yang tersurat dan tersirat. Harap maklum.
Ikhlas.

Wednesday, July 15, 2009

Demi Masa


Bookmark and Share


Surah AL- `ASHR (MASA) Surat 103: 3 ayat diturunkan di MAKKAH



Demi masa.



Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,



Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.

Monday, July 13, 2009

Tips Selesai Masalah Hutang.


Bookmark and Share


Ramai orang yang ingin mencapai kebebasan kewangan, tetapi kebanyakan tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Sebenarnya, untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mudah, anda hanya perlu melakukan 3 langkah berikut.
Sebelum itu, kita semak dulu, apa maksud bebas kewangan?
Secara ringkasnya, bebas kewangan ialah, apabila.. anda tidak mempunyai hutang, dan pendapatan anda melebihi perbelanjaan anda setiap bulan. Ok that it! Senang je bukan? Ok! mari kita lihat 3 langkah bagaimana mencapai kebebasan kewangan!
1) Langsaikan semua hutang anda (keluar dari cengkaman hutang)
Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan kesemua hutang anda. Hutang kereta, kad kredit, PTPN, rumah, mamak, kawan-kawan, Court Mammoth dan sebagainya. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai hutang no 1. Tuliskan juga, berapakah jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda, contohnya,
1)Kad kredit (RM 5,000) RM 250 sebulan
2) PTPTN (RM 21,000) RM 150 sebulan
3) Kereta (RM 70,000) RM 600 sebulan
4) Rumah (RM 180,000) RM 1,200 sebulan
======================================
Jumlah (RM 276,000) RM 2,200 sebulan
======================================
Wah! banyak betul hutang anda rupanya (baru perasan). Jadi, langkah pertama. pasang tekad di dalam diri anda terlebih dahulu untuk tidak menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga, bertekad untuk melangsaikan kesemua hutang anda. Oleh itu, pada penghujung setiap bulan, peruntukan duit yang lebih sedikit untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM2,500. Apa yang perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi untuk hutang no 1 (kad kredit) , sila bayar lebih (RM300) bermakna, anda membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini, dalam masa 10-11 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.
Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan duit yang lebih itu untuk membayar hutang PTPTN anda pula, (kini anda membayar sebanyak RM700 untuk hutang PTPN anda). Dalam masa 2 tahun, anda akan berjaya menghapuskan hutang PTPTN anda.
Kemudian, setelah berjaya menghapuskan hutang PTPTPN dalam hidup anda, duit lebih itu, anda gunakan pula untuk bayar kereta anda, dan dalam masa 1 tahun setengah, anda akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.
Kini tinggal hutang rumah sahaja.. gunakan peruntukan sebanyak RM2,500 tadi untuk membayar hutang rumah anda, InsyaAllah, dalam masa 5 tahun, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.
Wah! Jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua hutang anda sebanyak RM276,000 itu dalam masa 10 tahun sahaja. Not bad bukan? Jika usia anda kini 25 tahun, pada usia 35 tahun, anda sudah bebas dari segala hutang!
2) Tambah pendapatan berulang “passive income” anda.
Langkah seterusnya (langkah ini boleh dilakukan sewaktu anda masih lagi dalam proses membayar hutang), ialah dengan mewujudkan “pendapatan berulang” dalam hidup anda. Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda peroleh setiap bulan walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.
Contohnya, adalah seperti:
· menulis buku
· memiliki rumah sewa
· menulis lagu
· memiliki laman web perniagaan Internet yang berfungsi secara automatik
· blog yang menjana pendapatan walaupun tidak di kemas kini
· dan sebagainya
Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja dan ia akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.
3) Awasi status kewangan anda setiap masa
Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan menggunakan kad kredit).
Percayalah dengan hanya melakukan 3 langkah ini, anda akan berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja! Hey! Ianya bukan teori tau… ianya adalah praktikal.. saya sudah berjaya melakukannya dan ianya hanya mengambil masa 3 tahun, saya pasti anda juga mampu melakukannya!

Sunday, July 12, 2009

HARAPAN oleh Dato’ Sri Najib.


Bookmark and Share


Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar.
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian.
Andai sengketa membelenggu sesama.
Andai kerakusan menguasai kita.
Ke manakah tumpah harapan mereka.
Kerna,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar.
Melunas sumpah, menunai janji.
Ayuhlah,
Rakan dan taulan,
Sahabat dan saingan,
Lupakan beda lebihkan menerima,
Bertatihlah bersamaku, kita berjalan seiringan, kita langkah sehaluan.
1 suara, 1 impian, 1 harapan,
1 Malaysia.

Petikan dari Berita Minggu – 12hb Julai 2009.

Thursday, July 9, 2009

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Bookmark and Share






Implementasinya ialah beransur-ansur kepada mempraktikkan Inggeris sepenuhnya, bukannya ke arah mansuh sepenuhnya. Banyak perkara boleh dibahaskan, walau bagaimanapun ini pandangan seorang individu sahaja. Mungkin boleh layari www.chedet.cc untuk melihat respons para pengundi mengenai keputusan kerajaan memansuhkan PPMSI pada 2012.
Sama ada diteruskan atau dihapuskan, persoalan utama apakah tujuan & matlamat sebenarnya yang ingin dicapai? Jika arah tujuannya positif harus dikaji dan dilakukan secara berperingkat.
Boleh layari laman ini:
http://www.andaman.org/BOOK/reprints/weber/rep-weber.htm untuk maklumat am mengenai bahasa-bahasa di dunia. Harap maklum.
Ikhlas.

Tuesday, July 7, 2009

Bill Gates - 11 Rules

Bookmark and Share
(Got this via e-mail from a friend)
Bill Gates gave a speech at a High School about 11 things they did not and will not learn in school. He talks about how feel-good, politically correct teachings created a generation of kids with no concept of reality and how this concept set them up for failure in the real world.
Rule 1: Life is not fair - get used to it!
Rule 2: The world won't care about your self-esteem. The world will expect you to accomplish something BEFORE you feel good about yourself.
Rule 3: You will NOT make $60,000 a year right out of high school. You won't be a vice-president with a car phone until you earn both.
Rule 4: If you think your teacher is tough, wait till you get a boss and meet your customers.
Rule 5: Flipping burgers is not beneath your dignity. Your Grandparents had a different word for burger flipping: they called it opportunity.
Rule 6: If you mess up, it's not your parents' fault, so don't whine about your mistakes, learn from them.
Rule 7: Before you were born, your parents weren't as boring as they are now. They got that way from paying your bills, cleaning your clothes and listening to you talk about how cool you thought you were. So before you save the rain forest from the parasites of your parents' generation, try de-lousing the closet in your own room.
Rule 8: Your school may have done away with winners and losers but life HAS NOT. In some schools they have abolished failing grades and they'll give you as MANY TIMES as you want to get the right answer. This doesn't bear the slightest resemblance to ANYTHING in real life.
Rule 9: Life is not divided into semesters. You don't get summers off and very few employers are interested in helping you FIND YOURSELF. Do that on your own time.
Rule 10: Television is NOT real life. In real life people actually have to leave the coffee shop and go to jobs.
Rule 11: Be nice to nerds. Chances are you'll end up working for one.
If you agree, pass it on.
If you can read this - thank a teacher!

Cap Ayam

Bookmark and Share


Ya, pembaca yang dihormati sekalian, tajuk kali ini ialah jenama cap ayam, tapi bukanlah sardin cap ayam seperti gambar di atas yang sememangnya kegemaran ramai. Ia boleh didapati di gedung-gedung pasar raya besar hinggalah ke kedai runcit kecil-kecilan. Walaupun tin tersebut menjual sardin (Ikan) tapi objek ayam itu lebih menyerlah. Jika hanya dengan melihat imej pada tin tersebut tanpa membaca tentulah kita akan keliru sama ada ia mengandungi ikan atau ayam? Apa pun ia tetap mempunyai nilai perniagaan-positif yang baik. (Sardin Cap Ayam, jika sudi bolehlah derma ke laman web saya kerana promo jenama anda. J)
Ayam begitu popular hinggakan Jalil Hamid mendendangkan lagu mengenai ayam sahaja. Berikut adalah liriknya:
Ayam bermacam ayam/ Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam Turki, ayam Belanda/ Macam-macam perihal ayam/ Hangat-hangat tahi ayam, sabung ayam, nasi ayam, telur ayam/ Ayam hutan boleh terbang/ Ayam kampung dalam lah reban/ Ayam bandar di dalam pasar/ Kadang-kadang ada harga, naik harga, turun harga/ Ibu si ibu ayam/ Telur sebiji, riuh sekampung/ Ohhh ibu oh ibu ayam/ Telur di eram anak sereban/ Kata bidalan berkaki ayam/ Kalau makan, ajak-ajak ayam/ Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam/ Kalau tak nampak, itu rabun ayam/ Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam/ Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam/ Makan kaki ayam kais pagi makan malam/ Makan cakar ayam sakit gigi siang malam/ Makan kepak ayam, paha ayam, dada ayam/ Satu tak boleh makan jangan makan bulu (taik) ayam/ Hehehe.../ Siapa cakap itu taik ayam tak tak boleh makan/ Itu pokok makan bikin baja
Begitu hebatnya haiwan bergelar ayam ini. Walau bagaimanapun jangan kita terikut-ikut akan perilaku ayam (yang juga makanan popular rakyat Malaysia) dalam budaya kita. Harap maklum, jika masih tak jelas belanja saya Sardin Cap Ayam atau KFC saya akan jelaskan lebih lanjut. J
Ikhlas.

Monday, July 6, 2009

Visitors Management System-H1N1 Counter Measure


Bookmark and Share

Visitor Management Systems Become More Sophisticated, and now with the H1N1 and others pandemic threats it become more important!
Before 9/11, visitor management systems were relatively simple. In many buildings, it wasn't unusual for visitor management to consist of anything more than a clipboard and sign-in sheet. Today with more threats in the world, things are different. Visitor management policies have become more sophisticated. With that change has come a series of visitor management systems, which allow occupants to pre-register visitors, who are then given a badge which must be returned when they leave.
What's more, in many federal high-rises, or other buildings with many visitors, a dedicated visitor management station exists so as not to slow the entry of regular building occupants. In some cases, visitors can have access controlled by floor, controlled by the credential they are issued when they enter a building. Updates in visitor management systems are making this task much easier. As visitor management systems improve, and scanning solutions make it easy to scan a driver’s license or business card, and print a sticker that can be applied to an access control card, visitor management and access control are becoming interdependent much more often.
Visitor management software can also save the scanned identification so that upon the visitor’s next visit, an ID can be waiting. Software that is integrated with the corporate Intranet can allow occupants to log on right from their workstations and send a request for a badge or card that can be preprinted before a visitor arrives. New software allows customization of the badges or cards, so facility executives can create visitor badges or cards that look completely different than those of the regular occupants. That way, visitors are easily identified. Also, the access control system can be programmed with permissions so that access to certain areas can be restricted for visitors. Of course, permissions can always be changed if a certain visitor is authorized to enter a particular area. That visitor’s card would just need to be reprogrammed.
Many access control systems already have visitor management modules included, but independent visitor management systems exist that can be integrated with an existing access control system. Getting them to work together is just a matter of matching the type of credential used by the occupants with a visitor management software program that will work with that type of credential. For instance, if a driver’s license is scanned and a badge sticker printed, that sticker can usually be placed on a magnetic strip, RFID or other type of card, and that card can be preprogrammed by the access control system to identify the person as a visitor. Unless a special card has been designed to identify visitors, the card will look exactly the same as those carried by the occupants.
In addition to the software and integration with the access control system, competent, trained and dedicated staff is required to ensure the visitor management system’s success. It’s also important, in high-traffic areas, to make sure the person handling visitors isn’t also answering phones, receiving deliveries, distributing mail or performing other tasks. And, of course, the more user-friendly the visitor management system, the better chance that the policy will be successful.

Saturday, July 4, 2009

Friday, July 3, 2009

H1N1 Booklet


Bookmark and Share

Here some useful info on H1N1 virus.

Thursday, July 2, 2009

Antara perniagaan dan politik.

Bookmark and Share
Selalu menjadi delima antara perniagaan/kerjaya ataupun politik? Bagi saya kedua-duanya mempunyai nilai murninya tersendiri. Salah satu agenda politik ialah memperjuangkan ekonomi dan menjalan perniagaan adalah menyahut cabaran perjuangan politik iaitu memperkasakan ekonomi negara.
Asalkan asas perniagaan dan politik tidak di campur aduk iaitu memperniagakan politik dan juga mempolitikkan perniagaan.
Ikhlas.

Tahniah kepada PEMUDA PJS (PEMUDAPJS@BLOGSPOT.COM)

Bookmark and Share
Pada bulan Jun 2009 Pergerakan Pemuda PJS telah mengembangkan trend komunikasinya dengan membuat blog rasmi mereka sendiri iaitu http://pemudapjs.blogspot.com. Diharap dengan wujudnya blog ini akan dapat menambahkan maklumat dan perkembangan semasa dalam PJS serta menggalakkan penggunaan Internet di kalangan komuniti PJS. Selamat melayari laman web.
Ikhlas