Monday, August 31, 2009

Artikel yang selalu disebut tetapi gagal dihayati.


Bookmark and Share


Artikel 11
Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri.
Artikel 152
Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.
Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
Artikel 153
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Sunday, August 30, 2009

Salam merdeka tanah air Malaysia yang ke 52.

Bookmark and Share


Pengorbanan wira bangsa dalam memerdekakan tanah air sepatutnya dihayati dan tidak dilupakan.
Berikut adalah petikan puisi Tun Dr. Mahathir yang menyentuh kemerdekaan negara untuk direnungkan bersama.
Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Ikhlas.

Monday, August 24, 2009

SISTEM PENGURUSAN PELAWAT: 5 SEBAB MENGAPA BANGUNAN ANDA MEMERLUKANNYA.

Bookmark and Share

1. Perubahan sudah banyak berlaku di sekitar kita.
a. Keganasan tempat bekerja, kecurian maklumat perniagaan, keganasan global, keselamatan dan pencemaran kesihatan seperti virus yang merebak akan mengancam individu dan harta benda adalah contoh-contoh yang berlaku sekarang. Apabila pintu pertama iaitu pintu hadapan bangunan tidak selamat, syarikat menjadi mudah terdedah kepada anasir-anasir yang tidak diingini.
b. Sistem pengurusan pelawat terdiri daripada pengecaman pengenalan dan perisian yang sekiranya digandingkan bersama sekatan secara fizikal dan lobi yang terancang, dapat membenarkan orang tertentu sahaja masuk secara efisien dan cepat.
2. Lobi merupakan pertahanan pertama.
Sistem lobi yang efektif mestilah disokong oleh sistem keselamatan secara fizikal, elektronik dan tatacara yang betul. Sistem keselamatan yang padu merupakan unsur penting dan berkebolehan untuk:
a. Mengambil gambar pelawat, tandatangan dan mendapatkan maklumat dari lesen memandu secara cepat dan tepat.
b. Mengesahkan pengenalan diri atau kelayakan individu tertentu.
c. Membuat pemeriksaan keselamatan dengan menggunakan senarai pemerhatian.
d. Membuat kad/lencana pengenalan diri pelawat yang mengandungi gambar, nama pelawat, nama syarikat, nama orang yang ingin ditemui, tempat yang dibenarkan dan juga tarikh luput kad/lencana tersebut
e. Membenarkan pekerja untuk mendaftarkan pelawat terlebih dahulu sebelum berjumpa dan diberitahu secara elektronik atau telefon apabila pelawat sudah tiba.
3. Keselamatan lebih terjamin secara digital.
Sistem digital menyediakan jejak audit yang senang dibuat dan dikendalikan. Bagi tempat yang banyak bergantung kepada buku log, kad/lencana dipakai kembali dan pengawal keselamatan untuk menguruskan kemasukan pelawat, keselamatan mungkin terjejas dengan:
a. Informasi di dalam buku log mengenai pelawat adalah tidak tepat dan tiada amaran pelawat itu adalah palsu.
b. Saingan dan pembekal boleh membaca buku log dan mendapatkan informasi sulit mengenai perniagaan anda
c. Pelawat mungkin terlupa untuk menandatangani keluar dan mengembalikan lencana/kad. Orang tertentu dapat menggunakan kembali lencana/kad tersebut untuk memasuki tempat anda dan menceroboh tempat larangan, mencuri peralatan dan maklumat sulit.
4. Pengurusan pelawat sudah digunakan di tempat seperti anda:
a. Agensi kerajaan serta syarikat-syarikat besar di Jepun, Amerika dan England sudah pun menggunakan sistem ini ketika pengubahsuaian. Sistem ini membuat pengesahan kontraktor, menjejak keluar masuk mereka dan memberi peringatan sekiranya mereka perlu membuat latihan keselamatan.
b. Pusat penyimpanan data oleh syarikat antarabangsa mengemas kini kemasukan pekerja, kontraktor dan lain-lain sementara memerhati untuk pelawat yang tidak diingini.
c. Lapangan terbang telah mempertingkatkan sistem pengurusan pelawat di pejabat korporat mereka dari penggunaan buku log kepada sistem begini. Ketika pembesaran lapangan terbang, sistem baru ini dapat menguruskan kemasukan perunding, kontraktor dan pembekal sementara menjadikan lapangan terbang tersebut lebih selamat.
5. Sistem pengurusan pelawat ini bukan sekadar menawarkan keselamatan. Selain dari segi penawaran keselamatan, sistem ini juga dapat:
a. Meningkatkan produktiviti. Pelawat didaftarkan terlebih dahulu secara elektronik serta informasi berkaitan pelawat-pelawat dapat diproses dengan serentak. Sistem ini bukan sahaja boleh integrasi dengan sistem email dan sms, tetapi juga dengan lain-lain sistem perniagaan dan keselamatan. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan mesyuarat dan membuat senarai kehadiran.
b. Mempertingkatkan imej anda. Lencana/kad dibuat secara profesional dan pemprosesan pelawat dibuat dengan cekap hingga dapat menghapuskan waktu menunggu giliran di lobi.
c. Mempertingkatkan servis kepada pelawat. Pendaftaran boleh dibuat dengan awal dan cepat. Ini dapat membuat pelawat merasa dihargai.
d. Pengawalan sumber. Sistem ini dapat menjejak barang dan penghantaran serta menyediakan laporan trafik untuk merancang pembelian.
e. Meningkatkan respons kecemasan. Sekiranya bangunan terpaksa dikosongkan semasa kecemasan, sistem ini boleh diguna pakai untuk menentukan di mana pelawat berada di dalam bangunan.
Sistem digital merupakan cara yang lebih selamat untuk digunakan oleh pengawal di lobi untuk memberi kebenaran kepada individu yang masuk ke dalam bangunan berbanding dengan dakwaan dari individu itu sendiri. Sistem yang automatik, jika digunakan dengan betul dan efektif di lobi, dapat meningkatkan keselamatan dan memproses pelawat dengan pantas.

Sunday, August 23, 2009

Politik hanyalah tapak perjuangan, yang utama niat dan sumbangan ikhlas.

Bookmark and Share

Sempena bulan Ramadhan, puasa ibadah dan bulan yang mulia. Masih deras arus kempen dan saingan politik seperti yang berlaku di Permatang Pasir. Angin kempen politik yang bertiup kencang, lebih kencang dari sahutan Ramadhan.
Mungkin kerajaan yang menekan negara agama utamanya Islam dan begitu juga parti-parti politik yang taat pada Islam, patut pertimbangkan di masa akan datang sama ada patut atau tidak kempen politik diteruskan jika jatuh di pada bulan Ramadhan.
Hentam sana, hentam sini. Calon sana tak betul, calon sini salah, yang jadi mangsa tetap rakyat. Mencari-cari pengganti dan pemimpin yang akan membela nasib mereka bukan hanya dengan lemparan kata-kata tetapi tindakan dan pelaksana agenda.
Yang mustahak ialah agenda dan implementasi untuk rakyat. Kalau calon yang satu nak kahwin empat pun tidak apa asalkan mengikut hukum dan syarat Islam. Kuota ada 4, 1 sudah sah tinggal lagi 3. J Bukan sesuatu yang baru. Asalkan jangan menipu.
Kes saman perniagaan tu biasalah, mana ada orang berniaga yang sempurna? Kebanyakan peniaga yang kita dengar pun jatuh naiknya berkali-kali. Tiada siapa yang terus memulakan perniagaan tanpa silap dan susah. Kes perniagaan biarkanlah dinilai oleh pihak yang terlibat mengenai perniagaan berkaitan.
Yang mustahak sumbangan dan perjuangan ikhlas kepada rakyat. Bukan sekadar hanya untuk merampas kerusi dan posisi. Isunya bukan 1 peribadi tetapi 1 Malaysia.
Selamat berkempen dengan berhemah.
Ikhlas.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan.

Bookmark and Share


Assalamualaikum W.B.T.
Sempena tarikh 1 Ramadhan 1430, 22 Ogos 2009 saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menempuhi Madrasah Ramadhan kepada semua umat Islam.

Monday, August 17, 2009

Perjalan cari rezeki.

Bookmark and Share


Tersurat
Sekali pandang, apalah manusia ini tak ikut undang-undang. Membahayakan keselamatan awam. Tak profesional. Tiada mentaliti ke arah dunia pertama.
Tersirat.
Inilah cara cari rezeki halal yang dia tahu. Terpaksa melalui semua perkara yang menyalahi undang-undang tapi bukan hukum kehidupan, hanya kerana ini saja peluang sara hidup mencari pendapatan yang dia peroleh buat ketika ini. Jika tidak dia pun tak mahu tidur keletihan dan membahayakan nyawanya setelah kepenatan bekerja.
Ikhlas

Saturday, August 15, 2009

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian PJS

Bookmark and Share

Syukur Alhamdulillah mesyuarat UMNO Bahagian PJS yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Noh Omar sudah selesai berlangsung dengan lancarnya pada tanggal 15hb Ogos 2009. Y.B Dato Noh mengumumkan beliau akan menjadi bapa angkat kepada bahagian ini. Kini Bahagian PJS amat bertuah kerana Bahagian dan Pemudanya sudah dijadikan angkat oleh Y.B Dato Noh dan Y.B Khairy Jamaluddin. 1 Malaysia dan perpaduan adalah agenda utama topik yang dibahaskan.

bersambung...

Sunday, August 9, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu.

Bookmark and Share

(Sumber: Bernama) Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjungPersekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, danRasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Saturday, August 8, 2009

Suparman.

Bookmark and Share


Watak Superman dilahirkan di planet Kripton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang mengangkut bayi bernama Kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent. Bayi itu dinamakan Clark Kent.
Tetapi di Malaysia ada seorang lagi wira luar biasa, kemungkinan besar namanya seakan nama Superman iaitu Suparman Bin Si Polan. Asal-usul hero ini masih belum dikenal pasti.
Harap maklum. J

Thursday, August 6, 2009

Angin (Kipas) dan Api.

Bookmark and Share

Elemen alam semula jadi.
Angin.
Naik angin, minyak angin, makan angin, kipas angin. Kipas angin paling bahaya fasal boleh di kawal kelajuannya mengipas sesuatu keadaan atau situasi. Jika tidak dikawal kipas angin ini akan membawa ke arah pelayaran yang sesat.
Api.
Semut api, kereta api, rumah api, batu api. Batu api ini juga bahaya, bukan saja ia keras batu, tetapi juga mempunyai api yang membara. Maka itu sesiapa yang terkena akan kesaktian batu api pasti akan membawa barah dan parah.
Harap maklum.

Saturday, August 1, 2009

Perarakan Anti ISA 1hb Julai 2009.



Bookmark and Share

Kasihan pada mereka yang disemburi gas pemedih mata.
Kasihan pada mereka yang terkena meriam air.
Kasihan pada mereka yang dikasari.
Kasihan pada ibu bapa, keluarga, isteri, anak-beranak kepada yang ditahan dan ditangkap.
Kasihan pada anggota petugas keselamatan polis, fru, kesihatan, pemberita yang menjalankan amanah wajib.
Kasihan pada penduduk awam dan warga kota.
Kasihan pada ibu kota Kuala Lumpur dan negara Malaysia.
Kebanyakannya bangsa Melayu, kasihan nasib bangsa Melayu.
Apa keberkesanannya dengan berkumpul berarak?
Bukankah ada cara lain yang lebih bijak dan hanya perlu bersabar?
Bukankah undi individu pada pilihan raya akan datang lebih membawa erti?
Bukankah sudah ada beberapa negeri jatuh ke tangan lain?
Jika pemimpin negeri-negeri yang mereka baru memerintah ini tidak melakukan apa yang dikotakan tiada pula perarakan yang mengganggu gugat kesejahteraan awam.
Pada masa ini biarlah pemimpin sedia ada lakukan kerja untuk 1Malaysia.
Undi di tangan anda, semalam manfaat untuk agenda peribadi 1Individu atau untuk semua?
Kasihan....

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir


Bookmark and Share

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Damai Abadi - Tun Abdullah Ahmad Badawi


Bookmark and Share


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi