Monday, August 25, 2008

Anak-anak kita


Bookmark and Share

Aku mendengar degupan jantung isteri dan anak-anak ku sewaktu mereka dalam kandungan perut ibu mereka lagi. Aku melihat proses kejadian sifat fizikal mereka sepanjang 9 bulan mereka dalam kandungan. Aku berada di sisi ibu mereka, isteri ku semasa hari pertama mereka dilahirkan ke muka bumi. Aku melihat nyawa ibu dan anak dipanjangkan umurnya. Aku bersyukur. Aku mendengar nafas mereka yang menghidu udara bumi buat kali pertama. Aku mendengar suara pertama mereka melalui tangisan bagai penuh keinsafan. Aku memutuskan tali pusat yang selama ini bersambung dengan ibunya, sumber segala nikmat ketika mereka didalam perut ibunya. Aku melebarkan tangan ku, gagah dan bangga menyambut kedatangan mereka serta memangku mereka dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Aku mengalirkan air mata. Aku sebagai umat Islam melaungkan azan telinga mereka sebagai menyahut kedatangan mereka ke muka bumi Allah dan memberitahu mereka agama akan agama mereka. Aku ratapi wajah ibu mereka, aku ratapi wajah mereka, indah tak terkata. Tuhan yang maha Esa, aku dan mereka insan ciptaan Allah. Inilah inspirasi ku, inilah denyut jantung ku, ini permulaan ke tahap yang lagi satu. Aku terbayang saat aku dilahirkan oleh ibu ku. Syurga ku ditapak kaki ibu ku. Dari lahir ke kembalinya ajal ku. Aku adalah anak kepada ibu ku, seperti (anak-anak ku) mereka anak kepada ibu mereka.