Friday, July 17, 2009

Pepatah Lembu, Kambing, Kuda & Keldai.


Bookmark and Share


Sejak keturunan nenek moyang kita, kita selalu mendengar ungkapan masuk ke kadang lembu mengelembu, masuk ke kandang kambing mengembek.
Persoalannya, sempat ke kita hendak menglembu atau mengembek dengan bau busuk serta tahi-tahi bertaburan keliling? Mengapa tak masuk aje kandang harimau atau beruang? Baru gaya dan bunyinya tegap dan padu. Baru ada simbol kejantanan.
Apa pun saya tidak akan mengelembu atau mengembek di mana-mana kandang lembu atau kambing.
Tapi harap maklum saya akan memulakan dengan memberi salam jika memasuki mana-mana kawasan yang dihuni.
Ada juga pepatah mengatakan bawalah kuda yang terpantas ke kadang keldai, kurang seminggu kuda yang pantas tadi dibawa semula ke kandang kudanya. Kuda yang pantas tadi pasti akan berasa hairan dan janggal mengapa kuda-kuda lain berjalan dengan pantas. Ini kerana kuda yang terpantas tadi sudah terbiasa dengan cara ‘slow motion’ pergerakan keldai-keldai yang sekelilingnya sebelum ini.
Begitu jugalah kisah dengan si keldai yang paling perlahan, di tinggalkan dalam kadang kuda selama seminggu. Bila keldai tersebut dihantar semula ke kandang keldai, maka berasa hairan si keldai ini kerana melihat keldai-keldai lain berjalan perlahan. Ini kerana keldai tersebut tanpa disedari, bila si keldai ditempatkan di kandang kuda sebelum ini, ia sudah mempraktikkan cara jalan yang laju oleh kuda-kuda di situ.
Yang tersurat dan tersirat. Harap maklum.
Ikhlas.

No comments:

Post a Comment