Tuesday, July 7, 2009

Cap Ayam

Bookmark and Share


Ya, pembaca yang dihormati sekalian, tajuk kali ini ialah jenama cap ayam, tapi bukanlah sardin cap ayam seperti gambar di atas yang sememangnya kegemaran ramai. Ia boleh didapati di gedung-gedung pasar raya besar hinggalah ke kedai runcit kecil-kecilan. Walaupun tin tersebut menjual sardin (Ikan) tapi objek ayam itu lebih menyerlah. Jika hanya dengan melihat imej pada tin tersebut tanpa membaca tentulah kita akan keliru sama ada ia mengandungi ikan atau ayam? Apa pun ia tetap mempunyai nilai perniagaan-positif yang baik. (Sardin Cap Ayam, jika sudi bolehlah derma ke laman web saya kerana promo jenama anda. J)
Ayam begitu popular hinggakan Jalil Hamid mendendangkan lagu mengenai ayam sahaja. Berikut adalah liriknya:
Ayam bermacam ayam/ Ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam Turki, ayam Belanda/ Macam-macam perihal ayam/ Hangat-hangat tahi ayam, sabung ayam, nasi ayam, telur ayam/ Ayam hutan boleh terbang/ Ayam kampung dalam lah reban/ Ayam bandar di dalam pasar/ Kadang-kadang ada harga, naik harga, turun harga/ Ibu si ibu ayam/ Telur sebiji, riuh sekampung/ Ohhh ibu oh ibu ayam/ Telur di eram anak sereban/ Kata bidalan berkaki ayam/ Kalau makan, ajak-ajak ayam/ Kalau nak tidur, tidur-tidur ayam/ Kalau tak nampak, itu rabun ayam/ Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam/ Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam/ Makan kaki ayam kais pagi makan malam/ Makan cakar ayam sakit gigi siang malam/ Makan kepak ayam, paha ayam, dada ayam/ Satu tak boleh makan jangan makan bulu (taik) ayam/ Hehehe.../ Siapa cakap itu taik ayam tak tak boleh makan/ Itu pokok makan bikin baja
Begitu hebatnya haiwan bergelar ayam ini. Walau bagaimanapun jangan kita terikut-ikut akan perilaku ayam (yang juga makanan popular rakyat Malaysia) dalam budaya kita. Harap maklum, jika masih tak jelas belanja saya Sardin Cap Ayam atau KFC saya akan jelaskan lebih lanjut. J
Ikhlas.

No comments:

Post a Comment