Saturday, July 4, 2009

Friday, July 3, 2009

H1N1 Booklet


Bookmark and Share

Here some useful info on H1N1 virus.

Thursday, July 2, 2009

Antara perniagaan dan politik.

Bookmark and Share
Selalu menjadi delima antara perniagaan/kerjaya ataupun politik? Bagi saya kedua-duanya mempunyai nilai murninya tersendiri. Salah satu agenda politik ialah memperjuangkan ekonomi dan menjalan perniagaan adalah menyahut cabaran perjuangan politik iaitu memperkasakan ekonomi negara.
Asalkan asas perniagaan dan politik tidak di campur aduk iaitu memperniagakan politik dan juga mempolitikkan perniagaan.
Ikhlas.

Tahniah kepada PEMUDA PJS (PEMUDAPJS@BLOGSPOT.COM)

Bookmark and Share
Pada bulan Jun 2009 Pergerakan Pemuda PJS telah mengembangkan trend komunikasinya dengan membuat blog rasmi mereka sendiri iaitu http://pemudapjs.blogspot.com. Diharap dengan wujudnya blog ini akan dapat menambahkan maklumat dan perkembangan semasa dalam PJS serta menggalakkan penggunaan Internet di kalangan komuniti PJS. Selamat melayari laman web.
Ikhlas

Sunday, June 28, 2009

Secure (Not!) Parking At Putrajaya Holdings


Bookmark and Share

Brief facts on Putrajaya
Putrajaya has become the new capital city near Kuala Lumpur. It was formerly known as Perang Besar and is located 25 km south of Kuala Lumpur. It's also 20 kilometers from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at Sepang in the south. Putrayaja is the new Administrative Center of the Government and will be a test bed for an electronic Government (a paperless administration) and will be equipped with the latest telecommunication & technologies. It is set to be a model garden city with sophisticated information network base on multimedia technologies.

Brief facts on Putrajaya Holdings
As master developer, Putrajaya Holdings works hand in hand with the city's local authority, Perbadanan Putrajaya, to implement the masterplan that envisages Putrajaya as A Garden City, An Intelligent City. To realise this, Putrajaya Holdings appointed as its project manager, KLCC Projeks Berhad, whose credentials include the Petronas Twin Towers. The company also entered joint venture partnerships with developers who have impressive track records to build a world-class city on a fast track basis. Within three years of ground breaking, the city rose from the grounds of a former oil palm plantations to receive its first occupants in May 1999. They moved into a beautifully landscaped city, well-planned with a good network of roads, telecommunications, public amenities and utilities.

Facts on parking machine at Putrajaya Holdings.
An open car park area with no officer in charge on stand by, and with only RM50.00 notes left in your wallet. This is what we called world class service. Good luck and all the best.

Nilai 'Terima Kasih'

Bookmark and Share
Ucapan terima kasih bukan dari teks bacaan tapi jiwa dan hati perjuangan yang besar hingga sampai ke akar umbi. Seperti baru-baru ini berlangsungnya beberapa program di kawasan PJS.
Maka itu sekalung ucapan tahniah dan terima kasih yang ikhlas dari hati kepada yang terlibat dalam program serta masyarakat sekeliling sudah memadai. Dalam keadaan sekarang ekonomi yang mencabar, kedudukan politik yang terjejas, saingan yang hebat jika kita berjaya menyelesaikan sesuatu program itu dengan selamat dan lancar, ia lebih memadai daripada tiada program atau sokongan langsung.
Dari situ berdetiklah semula semangat perjuangan, perpaduan, kerjasama ke arah mengukuhkan parti yang disayangi. Di masa akan datang kita akan memperbaiki keadaan dan lebih bersiap sedia. Kesinambungan perjuangan melalui program seperti ini akan berjalan dan mendapat lebih banyak sambutan.
Semua yang membantu pada hemat saya tidak di bayar wang ringgit mahupun apa jua bentuk hadiah dan pemberian. Bekerjasama atas dasar mengukuhkan perpaduan bangsa Melayu. Maka itu hargailah sumbangan rakan-rakan seperjuangan dan yang hanya perlu dikatakan ialah ucapan penghargaan “Terima Kasih”. Bukannya dengan mengakhiri dengan ucapan kita akan melakukan post-mortem untuk mencari salah dan silap.
Perpaduan itu datang dari kerjasama semua pihak, ini Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bukannya Sykt Sdn Bhd. Mungkin kerana sikap begini kita sukar mendapat sokongan dalam parti apatah lagi dari masyarakat luar.
Akhirilah kerjasama aktiviti dengan ucapan ‘Terima Kasih’ dari hati yang ikhlas.
Terima Kasih.
Ikhlas
Feruddin Emir J

Sunday, May 31, 2009

Kesedaran komunikasi dan Internet di kawasan PJS.


Bookmark and Share

Umum harap maklum bahawa Internet sebagai salah satu medium komunikasi adalah penting pada masa kini. Ia bukan lagi aksesori tetapi adalah suatu keperluan. Tetapi malangnya masih ramai anak-anak muda serta komuniti PJS yang masih jauh ketinggalan dalam mempraktikkan penggunaan Internet dalam aktiviti dan cara komunikasi mereka. Ini menjadikan komunikasi dan hubungan dalam kawasan PJS tidak efisen, sedangkan kapasiti dan kepadatan penduduk di kawasan PJS amat tinggi. Sebagai contoh jika diambil kawasan PJS yang dipisahkan melalui Lebuh raya NPE, kawasan PJS 1, PJS2, PJS3 dan PJS 4 mempunyai jumlah kepadatan penduduk seperti berikut:
1. Kg. Ghandi
2. Kampung Medan
3. Taman Dato Harun
4. Kampung Dato Harun
5. Taman Petaling Utama
6. Taman Medan Baru
7. Medan Maju Jaya
8. Taman Medan Perjasa
9. Taman Sri Manja
10. Taman Sri Sentosa
11. Taman Desa Ria
Manakala sekolah yang terlibat adalah:
1. Sekolah kebangsaan Dato Harun
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan
1. Sekolah Menengah Taman Medan
2. Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang
3. Sekolah Agama Taman Dato Harun
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling
5. Madrasah Al-Hukimah
6. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chyun
Jumlah perumahan sebanyak 42,626 dengan kapasiti penduduk seramai 79,080 orang.
Tetapi baru-baru ini apabila bancian dilakukan kepada seramai 60 orang ahli belia di dalam lingkungan umur 18 tahun ke 25 tahun oleh Pergerakan Pemuda PJS , kami dapati bahawa tiada seorang pun yang mempunyai e-mel. Peratusan tingginya tidak berminat atau belum wujud kesedaran betapa pentingnya menggunakan kaedah komunikasi tanpa wayar.
Ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor tertentu seperti ekonomi sara hidup yang rendah, program promosi serta kesedaran yang kurang di kawasan itu dan sebagainya. Oleh sebab itu kami mengambil langkah untuk melakukan ‘road show’ bagi memastikan menanam serta memupuk kesedaran dalam penggunaan Internet sebagai salah satu medium komunikasi di kawasan PJS.
Dengan ini kami berharap pihak pimpinan UMNO Bahagian, Selangor dan Pusat memberikan kami sokongan berserta dengan agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri ini bagi menjayakan kempen kami.