Saturday, January 2, 2010

Salam Lembaran Baru.


Bookmark and Share


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Negara Malaysia baru saja menyambut Maal Hijrah 1431 dan Tahun Baru 2010. Beberapa tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan, malahan mungkin juga bencana dan penunjuk. Diharapkan kita akan menjadi lebih cekal lagi dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Bersedia dengan apa jua kemungkinan agar kita bersama dapat membina Negara yang maju jaya.
Pada lembaran baru ini saya ingin menyasarkan perkara berikut.
Politik-UMNO.
Menyokong kepimpinan sedia ada dengan cara yang produktif. Bermula dengan diri sendiri, cawangan, tanggungjawab di peringkat pemuda bahagian dan secara am seterusnya agar dapat membina semangat berpasukan secara kolektif dan objektif. Perpaduan adalah tunggak utama.
Cawangan.
  1. Mengemas kini data maklumat ahli (walaupun kebanyakan mereka sudah pun berpindah parti).
  2. Menjalinkan semula silaturahim sesama ahli melalui komunikasi berkesan seperti perjumpaan, perbualan, e-mel, sms, laman web dan sebagainya.
  3. Melancarkan laman web cawangan setiabudi, bahagian pjs bagi memaklumkan aktiviti cawangan dari masa ke semasa.
  4. Mengumpul dana sama ada dari peruntukan, peribadi atau dikongsi bersama untuk menjalan aktiviti sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Bahagian.
  1. Menyokong penuh kepimpinan saudara Ridhuan Mahidin, Ketua Pemuda PJS dan Mohamed Sam, Naib Ketua Pemuda PJS serta ahli jawatankuasa dalam melakukan khidmat-khidmat yang menjurus kepada ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bawah naungan 1Malaysia’.
  2. Memegang tanggungjawab di bawah biro pendidikan yang diamanahkan oleh Ketua Pemuda PJS, saya akan mengutamakan program-program yang berbentuk Pendidikan/Ilmiah. Hanya melalui ilmu seorang insan itu akan lebih terdidik, terpelihara, memahami, menyedari, menggunakan akal serta fikiran, menjiwai dan menghayati perjuangan sebuah bangsa. ‘Iqra’, iaitu bacalah. Maka itu membaca/memahami (terdedah pada ilmu) adalah amat diperlukan dan ia kritikal pada keadaan dan suasana yang sedia ada. Keadaan yang kacau bilau kerana kurang pemahaman dan ilmu contohnya seperti sejarah dan perlembagaan. Maklumat ini boleh didapati di mana-mana lebih-lebih lagi dengan kaedah teknologi I.T yang sedia ada. Oleh itu program yang sinonim dengan ilmu atau informasi yang ingin saya syorkan ialah program Celik I.T. Suatu program yang mendedahkan kepada masyarakat bagaimana Informasi dan Teknologi boleh manfaatkan kehidupan kita seharian.
  3. Menjalankan aktiviti celik I.T sebaik mungkin walaupun hanya dengan kehadiran yang kecil.
Selain dari menjalankan kewajipan sebagai ahli UMNO saya akan menjalankan fitrah dan kewajipan saya sebagai hamba Allah. Anak kepada ibu bapa saya, adik/abang kepada adik-beradik saya, suami kepada isteri saya, bapa kepada anak-anak saya, saudara kepada keluarga serta saudara se Islam saya, sahabat kepada rakan-rakan saya tanpa mengira latar belakang, pekerja kepada perniagaan saya, ahli pasukan kepada pegawai-pegawai saya dan memberi yang terbaik kepada pelanggan saya dalam perniagaan.
Oleh itu yang lemah datang dari diri saya sendiri, yang baik itu anugerah Allah. Saya juga percaya seorang manusia hanya lengkap (bukan sempurna) jika ia berpegang pada prinsip-prinsip jati diri. Saya juga suka akan saingan yang sihat, musuh jangan dicari.
Saya ucapkan kepada semua semoga maju jaya, dirahmati dan kekal ke anak cucu. Moga silaturahim kita berkekalan selamanya. Amin.
Salam perjuangan.
Ikhlas.
Feruddin Emir

No comments:

Post a Comment