Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha


Bookmark and Share


AIDILADHA merupakan hari yang cukup bermakna buat seluruh umat Islam kerana kita sama-sama akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, hari yang menceritakan sejarah mengenai pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Ismail.

NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

HARI Aidiladha adalah satu hari kebesaran Islam dan juga hari perayaan bagi umat Islam. Sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari untuk mereka makan dan minum serta bergembira iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

No comments:

Post a Comment