Tuesday, September 8, 2009

Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan, berubah atau diubah

Bookmark and Share

Apa jua kata mereka, yang mustahak adalah undi iaitu mandat daripada rakyat. Kuasa memilih antara kebenaran hidup atau kegemaran keseronokan hidup ada di tangan mereka pada pilihan raya akan datang.

Dalam UMNO berlainan pula situasinya kerana hanya diwakili beberapa kerat ahli. Terimalah hakikatnya, inilah perlembagaan yang ada dan inilah keputusan muktamad yang sah. Kami ahli-ahli UMNO hanya boleh menerima keputusan dan menghormati perlembagaan yang sedia ada iaitu taat pada ketua dengan objektif utama berkhidmat untuk masyarakat.
Kini apa yang harus dilakukan ialah meletakan semua perbezaan pendapat serta pecahan ke tepi. Seperti ungkapan Y.B Perdana Menteri Malaysia: “Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan, berubah atau diubah.” Cabaran ini sepatutnya mengajar serta mematangkan kita, menjadi lebih daya tahan, menyedarkan kita bukan melenakan.

Sama ada boleh menerima kepimpinan yang sedia ada atau tidak, pemimpin yang mengutamakan peribadi 1 individu atau semua 1 Malaysia terletak di tangan rakyat terutamanya pengundi. Mungkin juga pengundi tidak mahu pemimpin yang membela nasib negara jangka panjang, mungkin juga segelintir pemimpin masih belum sedar. Apa pun jika kita tersilap langkah, membina dan memperbaiki sesuatu negara jauh lebih sukar daripada merobohkannya dengan sekelip mata.

Mungkin situasi begini menjadikan kita lebih insaf serta lebih cekal dan berdaya saing dalam membawa slogan perjuangan agama, bangsa dan negara untuk keharmonian sejagat. Maka itu perjalanan yang berliku ini, kita pasti boleh tempuhi dengan berkat kesedaran dalam jiwa dan minda, dengan bekalan kecekalan dan ketabahan, seperti ungkapan Tun Dr. Mahathir “hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.”

Mulailah dari hati serta minda yang ikhlas, mulai dari diri sendiri, mulailah dari sekarang.
Ikhlas.

No comments:

Post a Comment