Friday, September 19, 2008

Pencalonan dan pemilihan UMNO 2008 (2009).

Bookmark and Share
Pada masa ini perkara yang mustahak ialah mengembalikan hubungan baik di antara pihak/kumpulan yang menang dan kalah. Pada saya jika kita mahukan perubahan ianya bukanlah perubahan sekadar menggantikan individu (pemimpin) itu sahaja kerana isu sebenarnya bukanlah individu (pemimpin) tersebut tetapi isu, objektif dan arah tuju perjuangan dan matlamat untuk bangsa Melayu.
Jika individu yang sama tetapi kesedaran dan prihatin yang segar sejajar dengan keperluan ahli/rakyat ianya juga perubahan yang baik. Jika individu itu lemah atau terlepas pandang sesuatu isu berbangkit, bantu menasihati serta memaklumkan beliau, beri sokongan dan turut berjuang. Bukankah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing? Jika individu itu tidak mampu memikul tanggungjawab yang sewajarnya maka dapatkanlah pengganti yang sesuai tanpa menjatuhkan serta mengaibkan jasa individu (pemimpin) yang lama. Musuh sebenar adalah cabaran-cabaran yang boleh menggoyahkan nasib bangsa Melayu dan Malaysia pada masa akan datang. Bukanlah bermusuh sesama sendiri di dalam parti itu sendiri. Jika agihan masa hanya lebih mengutamakan masalah dalaman yang menjadi mangsa sebenar adalah ahli/rakyat yang memberi mandat serta mengharapkan perubahan.

Sumbangan boleh diberi tidak kira secara langsung atau tidak langsung melalui pelbagai cara dan rantaian hingga mereka juga dapat merasai dan menjiwai pengorbanan dan disusuli dengan perasaan hormat. Ianya juga akan memberikan ketaatan yang sokongan berterusan di dalam pemilihan-pemilihan yang akan datang.

Maju ke hadapan adalah matlamat besarnya yang wajib selari dengan agenda-agenda perjuangan dan bukan hanya sekadar merapatkan barisan dan mempertahankan kubu sahaja. Dengan ini saya yakin lebih ramai lagi mereka yang akan melibatkan diri di dalam UMNO sama ada ahli-ahli pasif atau ahli-ahli baru tidak kira dari apa golongan sekali pun.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

No comments:

Post a Comment