Aku mendengar degupan jantung isteri dan anak-anak ku sewaktu mereka dalam kandungan perut ibu mereka lagi. Aku melihat proses kejadian sifat fizikal mereka sepanjang 9 bulan mereka dalam kandungan. Aku berada di sisi ibu mereka, isteri ku semasa hari pertama mereka dilahirkan ke muka bumi. Aku melihat nyawa ibu dan anak dipanjangkan umurnya. Aku bersyukur. Aku mendengar nafas mereka yang menghidu udara bumi buat kali pertama. Aku mendengar suara pertama mereka melalui tangisan bagai penuh keinsafan. Aku memutuskan tali pusat yang selama ini bersambung dengan ibunya, sumber segala nikmat ketika mereka didalam perut ibunya. Aku melebarkan tangan ku, gagah dan bangga menyambut kedatangan mereka serta memangku mereka dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Aku mengalirkan air mata. Aku sebagai umat Islam melaungkan azan telinga mereka sebagai menyahut kedatangan mereka ke muka bumi Allah dan memberitahu mereka agama akan agama mereka. Aku ratapi wajah ibu mereka, aku ratapi wajah mereka, indah tak terkata. Tuhan yang maha Esa, aku dan mereka insan ciptaan Allah. Inilah inspirasi ku, inilah denyut jantung ku, ini permulaan ke tahap yang lagi satu. Aku terbayang saat aku dilahirkan oleh ibu ku. Syurga ku ditapak kaki ibu ku. Dari lahir ke kembalinya ajal ku. Aku adalah anak kepada ibu ku, seperti (anak-anak ku) mereka anak kepada ibu mereka.
Monday, August 25, 2008
Saturday, May 17, 2008
Salam perkenalan
Assalamualaikum & salam sejahtera, Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya segalanya berlaku dalam keadaan yang aman dan penuh nikmat. Hakikatnya, yang baik datang daripada Allah, yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri. Selamat datang ke laman blog saya. Dari masa ke masa saya akan menyumbangkan dan berkongsi pendapat serta pandangan ikhlas berdasarkan pengalaman serta daya fikir saya yang berkaitan dengan isu-isu semasa dari sudut lensa kehidupan saya sendiri. Saya berharap tulisan saya ini dapat dikongsi dan bermanfaat kepada semua pihak. Melalui blog saya ini juga saya berharap dapat mendekatkan jurang komunikasi dan persahabatan antara saya dan pembaca. Saya dedikasikan perjuangan yang saya kongsi dalam blog saya ini kepada ibu bapa, isteri, anak-anak saya dan arwah kakak saya. Segala komen dan pendapat adalah dialu-alukan asalkan ianya tidak melampaui batasan. Saya dengan izin ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis dalam blog ini menyinggung perasaan sesiapa tanpa niat. Saya juga mengalu-alukan tulisan atau pendapat dari pihak lain yang ingin menyumbang, ianya akan dikreditkan kepada nama penulisan dan dipaut kan ke link penulis jika ada. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kepada anda semua serta keluarga kehidupan yang bahagia, dirahmati dan berjaya. Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)