Saturday, August 15, 2009

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian PJS

Bookmark and Share

Syukur Alhamdulillah mesyuarat UMNO Bahagian PJS yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Noh Omar sudah selesai berlangsung dengan lancarnya pada tanggal 15hb Ogos 2009. Y.B Dato Noh mengumumkan beliau akan menjadi bapa angkat kepada bahagian ini. Kini Bahagian PJS amat bertuah kerana Bahagian dan Pemudanya sudah dijadikan angkat oleh Y.B Dato Noh dan Y.B Khairy Jamaluddin. 1 Malaysia dan perpaduan adalah agenda utama topik yang dibahaskan.

bersambung...

Sunday, August 9, 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu.

Bookmark and Share

(Sumber: Bernama) Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjungPersekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku Allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, danRasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Saturday, August 8, 2009

Suparman.

Bookmark and Share


Watak Superman dilahirkan di planet Kripton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang mengangkut bayi bernama Kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent. Bayi itu dinamakan Clark Kent.
Tetapi di Malaysia ada seorang lagi wira luar biasa, kemungkinan besar namanya seakan nama Superman iaitu Suparman Bin Si Polan. Asal-usul hero ini masih belum dikenal pasti.
Harap maklum. J

Thursday, August 6, 2009

Angin (Kipas) dan Api.

Bookmark and Share

Elemen alam semula jadi.
Angin.
Naik angin, minyak angin, makan angin, kipas angin. Kipas angin paling bahaya fasal boleh di kawal kelajuannya mengipas sesuatu keadaan atau situasi. Jika tidak dikawal kipas angin ini akan membawa ke arah pelayaran yang sesat.
Api.
Semut api, kereta api, rumah api, batu api. Batu api ini juga bahaya, bukan saja ia keras batu, tetapi juga mempunyai api yang membara. Maka itu sesiapa yang terkena akan kesaktian batu api pasti akan membawa barah dan parah.
Harap maklum.

Saturday, August 1, 2009

Perarakan Anti ISA 1hb Julai 2009.



Bookmark and Share

Kasihan pada mereka yang disemburi gas pemedih mata.
Kasihan pada mereka yang terkena meriam air.
Kasihan pada mereka yang dikasari.
Kasihan pada ibu bapa, keluarga, isteri, anak-beranak kepada yang ditahan dan ditangkap.
Kasihan pada anggota petugas keselamatan polis, fru, kesihatan, pemberita yang menjalankan amanah wajib.
Kasihan pada penduduk awam dan warga kota.
Kasihan pada ibu kota Kuala Lumpur dan negara Malaysia.
Kebanyakannya bangsa Melayu, kasihan nasib bangsa Melayu.
Apa keberkesanannya dengan berkumpul berarak?
Bukankah ada cara lain yang lebih bijak dan hanya perlu bersabar?
Bukankah undi individu pada pilihan raya akan datang lebih membawa erti?
Bukankah sudah ada beberapa negeri jatuh ke tangan lain?
Jika pemimpin negeri-negeri yang mereka baru memerintah ini tidak melakukan apa yang dikotakan tiada pula perarakan yang mengganggu gugat kesejahteraan awam.
Pada masa ini biarlah pemimpin sedia ada lakukan kerja untuk 1Malaysia.
Undi di tangan anda, semalam manfaat untuk agenda peribadi 1Individu atau untuk semua?
Kasihan....

Perjuangan Yang Belum Selesai - Tun Dr. Mahathir


Bookmark and Share

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Damai Abadi - Tun Abdullah Ahmad Badawi


Bookmark and Share


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi