Monday, January 3, 2011

KEAHLIAN PROGERAK



(klik gambar borang untuk dicetak dan faks atau email kepada PROGERAK)

KEAHLIAN 2013 PERCUMA JIKA DAFTAR SEBELUM 31 DISEMBER 2012.
Langkah 1: Cetak dan Isi borang.
Langkah 2: Salin borang dan MyKad.
Langkah 3: Fax atau Emel di nombor/alamat yang tertera.
Langkah 4: Anda akan menerima sijil keahlian dan info aktiviti semasa.

Keahlian.
1. Kriteria Keahlian.
-Warga Malaysia.
-Bangsa Melayu atau Bumiputera.
-Umur 18 tahun dan ke atas.
-Tidak dihadkan golongan professional dan bukan professional yang tinggal atau berkerja di daerah Petaling, Selangor.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh 1 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
3. Tiap-tiap permohonan yang permohonanya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
4. Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

Bayaran masuk, yuran dan bayaran lain.
1. Bayaran masuk yuran adalah seperti berikut:
Bayaran masuk RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).
Yuran tahunan RM 2 (Ringgit Malaysia Dua Sahaja).
2. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari dalam tempoh 7 hari dari awal tiap-tiap awal tahun.

No comments:

Post a Comment